Wednesday 2 April 2014

#MH370: PANASS!!! TRANSKRIP PENUH PILOT DAN MENARA KAWALAN DIDEDAHKAN!! #PrayForMH370

Transkrip penuh komunikasi antara pesawat MH370 dan menara kawalan udara Kuala Lumpur telah dikeluarkan pada Selasa, mendedahkan tiada sesuatu yang ‘luar biasa’.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, transkrip tersebut sudah dikongsi dengan ahli keluarga penumpang.

“Tidak ada tanda sesuatu yang luar biasa di dalam transkrip itu,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan pada Selasa.

Transkrip itu diakhiri dengan komunikasi trafik udara Malaysia yang terlebih dahulu mengucapkan selamat malam kepada MH370 dan mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara di vietnam sebelum memasuki ruang udara negara itu.

Komunikasi akhir dihantar pada pukul 1.19 pagi dari salah seorang juruterbang MH370 yang mengucapkan ‘selamat malam, Malaysia Tiga Tujuh Kosong’.

Pesawat itu hilang dari radar tidak lama selepas itu dan masih belum dijumpai, walaupun Malaysia percaya laluan itu sengaja dialihkan dan terbang berjam-jam lamanya menghala Lautan Hindi, lokasi pesawat itu disahkan berakhir.

Transkrip komunikasi antara pesawat MH370 dengan menara kawalan udara Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu - Mstar



No comments:

Post a Comment